Isnin, 19 Jun 2017

Dah Jumpa Malam Lailatulqadar?


Sedar tak sedar kita telah masuk ke-10 malam akhir Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas tanpa mengenal usia, pangkat, darjat dan sesiapa sahaja.

Moga kita antara insan yang sentiasa memanfaatkan masa demi untuk redhaNya serta segala urusan yang menuju kebaikan insyaallah. Usah dikenang Ramadhan yang telah berlalu pergi, teruslah melangkah melihat dan mengisi baki Ramadhan yang akan datang ini dengan segala kenikmatan, pahala yang berganda yang telah dijanjikan oleh Allah.

“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin
Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)


Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH, melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.

Ayuh semua muslimin muslimat walau di mana anda berada, terus bermunajat memohon kemaafan dariNya, terus menyumbang sedekah amal jariah, terus menginfakkan tenaga masa dan wang ringgit dalam bulan yang penuh berkat ini.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala amalan yang diberikan. 

Inshaa Allah.

Ahad, 18 Jun 2017

Rahsia Menjemput Rezeki Mujarab



Kita menerima rezeki melalui 3 cara, iaitu:
  • Rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sepertimana yang dijelaskan dalam ayat berikut:
Hūd:6 -
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
  • Rezeki yang tidak disangka,
Aţ-Ţalāq:2-3 : 
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
  • Rezeki melalui usaha kita,
An-Najm:39 - Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Lebih banyak usaha kita, lebih banyak hasil kita akan dapat. Di samping itu, kita mesti banyak berdoa kepada Nya, juga perbanyakkan zikir kepada kepada Nya agar segala urusan dipermudahkan dan mendapat kelancaran rezeki.
Al- A'raf,7:180. Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Salah satu kaedah menjemput rezeki adalah dengan zikir Asmaulhusna. Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya.



Siapa Suami Wanita Di Syurga?



Apakah nanti seseorang yang sudah menikah di dunia akan kembali bertemu isteri atau suaminya kelak di akhirat?

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Dan barangsiapa mengerjakan amal yang shalih, baik laki-laki mahpun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam Syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab”.(QS. Al-Mu’min:40)

Demikianlah orang-orang mukmin hidup di syurga bersama dengan pasangannya. Dan seluruh penduduk syurga akan hidup bersama suami atau isteri mereka, dan tidak ada satu pun yang membujang (tidak menikah).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dan di dalam syurga tidak ada orang yang membujang (tidak menikah)”. (Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Muslim, no.5062)

Sungguh sangat beruntung bagi lelaki soleh yang dikehendaki Allah SWT menjadi penghuni syurga. Bagi mereka disediakan bidadari-bidadari yang belum disentuh oleh siapapun. Bidadari-bidadari yang tidak terbayangkan kecantikannya. Dan dengan izin Allah, dia pun akan bertemu kembali dengan isterinya yang solehah di dunia.

“Jika lelaki di syurga mendapatkan bidadari, lalu adakahkan wanita turut mendapat bidadara syurga? Boleh ke seorang isteri akan berjumpa lagi dengan suaminya di dunia? Bagaimana jika seorang wanita menikah lagi setelah suami pertamanya meninggal dunia, apakah wanita itu kelak di akhirat akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir?”

Keadaan wanita di dunia ada enam:
  1. Meninggal sebelum menikah.
  2. Ditalak suami pertama, dan tidak menikah lagi sampai meninggal.
  3. Menikah dengan lelaki yang bukan ahli syurga. Misalnya, suaminya murtad atau melakukan kesyirikan.
  4. Meninggal lebih dahulu sebelum suaminya.
  5. Ditinggal kerana kematian suami, dan tidak menikah lagi sampai meninggal.
  6. Ditalak atau ditinggal kerana kematian suami, kemudian menikah dengan lelaki lain.

Penjelasan disampaikan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah:

1. Apabila wanita tersebut meninggal sebelum menikah, maka di syurga kelak Allah akan menikahkan wanita tersebut dengan dengan seorang lelaki dari penduduk bumi berdasarkan sabda Rasulullah:

“Apakah mereka saling berbangga atau saling mengingatkan: kaum laki di syurga lebih banyak atau wanita? Maka Abu Hurairah berkata: Bukankah Abul Qasim bersabda: “Sesungguhnya kelompok pertama yang masuk surga menyerupai bentuk bulan purnama, kemudian yang berikutnya secerah cahaya bintang di langit, setiap orang di sana memiliki dua orang isteri, di mana dia dapat melihat sumsum mereka dari balik dagingnya. Dan di syurga tidak ada bujangan” (HR Muslim No. 5062)

Syaikh Utsaimin berkata: “Apabila wanita tersebut belum pernah menikah di dunia maka Allah akan menikahkannya dengan lelaki yang disukainya di syurga. Kerana kenikmatan di ysurga tidak hanya terbatas untuk kaum lelaki saja, namun juga untuk kaum lelaki dan wanita, di mana yang termasuk kenikmatan: adalah menikah.

2. Penjelasannya juga sama seperti nombor satu di atas, kerana berlaku bagi wanita yang meninggal namun bercerai.

3. Penjelasannya juga sama seperti nombor satu di atas, kerana berlaku bagi wanita yang suaminya bukan termasuk penghuni syurga.

Syaikh Utsaimin berkata: “Apabila wanita tersebut termasuk ahli syurga dan belum menikah, atau suaminya bukan termasuk ahli syurga, maka apabila dia masuk syurga maka di syurga ada kaum lelaki yang belum menikah sebelumnya, maka dia menikah dengan salah satu wanita tersebut.

4. Adapun wanita yang meninggal setelah menikah, dia termasuk ahli syurga maka dia menikah dengan mantan suaminya di dunia.

5. Adapun wanita yang suaminya meninggal lalu dia tidak menikah lagi setelah itu sampai dia meninggal maka wanita itu menjadi isterinya di syurga.

6. Adapun wanita yang suaminya meninggal lalu dia menikah lagi sesudahnya maka wanita tadi menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir meskipun wanita tadi sudah berkali-kali menikah.

Dari Maimun bin Mihran berkata: Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu melamar istri Abu Darda’, namun dia tidak menerimanya dan berkata: Aku mendengar Abu Darda’ berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Wanita bersama suaminya yang terakhir,” dia berkata: dan aku tidak ingin pengganti untuk Abu Darda’ (Hadits shahih dikeluarkan oleh Abu Ali Al-Harrani Al-Qusyairi dalam Tarikhul Riqqah (2/39/3) Silsilah Al-hadits Ash-Shahihah karangan Syaikh Albani 3/25).

Dari Hudzaifah radhiyallahu anhu berkata kepada isterinya: “Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudahku: kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” (dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Sunannya (7/69-70)).





Suami Tanggung Dosa?


Adakah suami harus menanggung semua dosa dan kesalahan isteri serta anak-anaknya?




Di antara perkara dasar dalam Islam ialah setiap orang menanggung pahala atau dosa berdasarkan usahanya yang tersendiri. Jika dia berbuat amal soleh, maka dia mendapat pahala untuk dirinya. Jika dia berbuat maksiat, maka dia mendapat dosa untuk dirinya.

Allah berfirman:
Sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian, usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu-lah kesudahan (segala perkara). [al-Najm 53:38-42]

Oleh itu dalam sebuah keluarga, apabila isteri sengaja enggan menutup aurat maka dia sahajalah yang akan menanggung dosa mendedahkan aurat. Apabila isteri bergosip berkenaan orang lain, maka dia sahajalah yang akan menganggung perkataan-perkataan yang disebut. Dosa isteri tidak berpindah kepada suami atau ayah.

Pun begitu, ada satu kewajipan suami yang jika dia tidak melaksanakannya, dia akan berdosa kerananya. Ia adalah kewajipan mendidik, menasihati dan menegur ahli keluarga agar mereka mentaati perintah dan larangan syari’at Islam.

Ini berdasarkan firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [al-Tahrim 66:06]

Apabila suami tidak mendidik isteri untuk menutup aurat, maka suami mendapat dosa kerana tidak mendidik sementara isteri mendapat dosa kerana tidak menutup aurat. Sebaliknya jika suami telah mendidik isteri untuk menutup aurat namun isteri tetap enggan, maka suami tidak mendapat sebarang dosa sementara isteri mendapat dosa kerana enggan menutup aurat.


Sabtu, 17 Jun 2017

Ganjaran Pahala Wanita Di Bulan Ramadan



Bulan Ramadan bulan kesyukuran yang penuh dengan keberkatan. Allah menjanjikan banyak keistimewaan sepanjang bulan ini. Dalam bulan Ramadan peluang mendapatkan pahala buat wanita sangatlah melimpah.

Ini kerana pada bulan yang mulia ini memberi setiap manusia peluang keemasan yang cukup luas untuk mengaut banyak pahala. Antara ganjaran pahala yang boleh wanita peroleh ialah:

1. Menyiapkan hidangan berbuka

Ketika berbuka, wanita menjadi orang penting yang akan menyiapkan hidangan berbuka untuk suami, anak-anak serta seisi keluarga.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya pahala seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yang berpuasa itu).” (HR Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah)

Bayangkan berapa banyak jumlah ahli keluarga anda di rumah, maka sebanyak itulah pahala puasa yang bakal akan peroleh. Walaupun ada ketikanya anda terhalang untuk menunaikan ibadah puasa, namun Allah telah menyediakan ladang pahala-Nya yang banyak ketika anda mempersiapkan hidangan berbuka puasa.

2. Mengajak dan menyediakan juadah bersahur

Saat bersahur juga wanita masih berperanan sebagai orang yang akan mengejutkan keseluruhan ahli keluarganya bangun sekali gus menyiapkan juadah untuk keluarganya bersahur.

Rasulullah SAW menganjurkan orang yang berpuasa untuk sahur, sebagaimana sabdanya, “Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

3. Suami beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan

Ketika anda membantu menyiapkan keperluan suami untuk melaksanakan iktikaf dan menjaga ahli keluarga yang lain di rumah, kaum wanita masih tetap berkongsi pahala dengan suami.

Sabda Rasulullah SAW, “Siapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan siapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang” (HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, sambutlah bulan Ramadan dengan hati yang gembira kerana setiap kebaikan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah SWT akan beroleh ganjaran pahala yang banyak sebagai bekalan hidup kita di akhirat kelak.





ADA MASALAH BERAT ?




Pagi ni sempat baca Surah Al-Anbiya', saya ingin share kisah 3 orang Rasul yang berdoa kepada Allah, lalu terus dikabulkan permintaan mereka.

Kisah Nabi yang pertama adalah Nabi Ayub yang menderita penyakit kulit lalu baginda berdoa kepada kepada Allah " Ya Tuhanku, sesungguhnya, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang daripada semua Yang Maha Penyayang " 

Allah terus maqbulkan doa Nabi Ayub dengan menyembuhkan penyakitnya bahkan berikan rezeki & nikmat yang berganda-ganda lebih banyak. 

Kemudian Allah cerita kisah Nabi Yunus yang berdoa dalam perut ikan Nun yang gelap-gelita " Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. 


Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri "


Allah terus maqbulkan doa Nabi Yunus & menyelamatkan baginda daripada kesulitan yang dihadapinya. 

Allah teruskan dengan kisah Nabi yang ketiga, kisah Nabi Zakaria yang sudah berada di akhir usia yang sering berdoa untuk mendapatkan zuriat "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi" 

Allah terus maqbulkan doa Nabi Zakaria dengan mengurniakan Nabi Yahya melalui isterinya yang mandul. 

Menerusi 3 kisah di atas, Allah berikan contoh yang Rasul juga hadapi masalah yang berat seperti manusia biasa. 

Seorang Allah uji dengan masalah kesihatan yang amat teruk sehingga hilang keluarga, kawan & hartanya. 

Seorang lagi Allah uji berada dalam ketakutan berseorangan di tengah lautan yang amat gelap (boleh bayangkan perasaan Nabi Yunus ?) . 

Seorang lagi Allah uji isteri tidak dapat melahirkan zuriat. 

Di akhir kisah ketiga-tiga nabi ini Allah beritahu 'Rahsia Emas' mengapa doa mereka dimaqbulkan.

" Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami " (Surah Al-Anbiya' : 80)

Ada tiga tips yang boleh kita ambil daripada ayat tersebut : 
  • bersegera berbuat kebaikan (berusaha) 
  • berdoa dalam keadaan penuh mengharap & cemas (berdoa dengan perasaan penuh mengharap & takut amal tidak diterima )
  • Khusyuk kepada kami (bersungguh-sungguh & fokus dalam berusaha & berdoa)

Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh keberkatan & bulan yang mustajab. Jika anda menghadapi masalah yang besar & berat, mohonlah kepada Allah yang pernah menyembuhkan Nabi Ayub, menyelamatkan Nabi Yunus & memberikan zuriat kepada Nabi Zakaria. Bagi Allah tiada yang mustahil. 

Semoga Allah kurniakan rezeki kepada kita Malam Lailatul Qadar, Pengampunan & perlepasan daripada Api Neraka. Amin Ya Robbal  'Alamin.

Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya







Jumaat, 16 Jun 2017

Doa Malam lailatul Qadar






20 Ramadhan 1438 H

Hatimu perlukan tempat mengadu. Ia sering bersedih, dukacita, risau, kecewa dan berkeluh kesah. Justeru, ia perlukan kekuatan.

Tiadalah masa yang paling baik bagi hati untuk berdua-duaan dengan Pemegangnya yakni Allah melainkan waktu munajat di malam hari. Waktu di mana hati-hati yang lain terlena dibuai mimpi, hati yang rindukan Penciptanya merindukan waktu-waktu indah pertemuannya dengan satu-satunya tempat pengaduan yang tidak akan pernah dikecewakan, tempat permintaan yang tidak kan pernah ditolak, itulah rahmat Tuhanmu yang Maha Agung..Doa Lailatul Qadar

Di antara doa yang paling utama yang diucapkan pada malam lailatul qadar adalah apa yang Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah r. 'anha.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.'anha berkata :
Aku berkata kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Baginda menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni 
(Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).”

(HR. Tirmidzi, HR Ibnu Majah)

24 Jam Amalan Puasa Rasulullah








Isnin, 29 Mei 2017

KALAHKAN NAFSU JAHAT DENGAN 1 LAFAZ NI

 
Alhamdulillah kita telah memasuki minggu pertama bulan Ramadhan yang amat mulia ini. Saya doakan kita semua diberi rahmat & pengampunan daripadaNya.
Saya ingin kongsikan satu lafaz agung & superpower yang kita sering baca apabila mendengar ucapan azan ‘hayya ‘alal Falah’ .
Nabi Muhammad SAW mengajarkan kita supaya menjawab panggilan bilal itu dengan zikir ‘La Hau la wala quwwata illa billahil ‘lizzil ‘azim, (tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Agung).
Pernahkah kita terfikir mengapa Rasulullah SAW menyuruh kita menjawab dengan lafaz tawadhuk tadi apabila mendengar bilal menyebut ‘hayya ‘alal falah’ ?
Lafaz tadi, Allah menyeru kita supaya mengejar kepada kejayaan. Jika kita hendak berjaya, kita perlu berusaha. Contohnya, Jika kita hendak berjaya menuju ke masjid tempat yang kita hendaklah berusaha sedaya usaha kita untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Samada, kita pergi dengan cara berjalan kaki, menaiki kereta, motor atau sebagainya.
Disebalik kejayaan kita sampai ke masjid atau apa-apapun jenis kejayaan yang dikecapi. Kita perlu sedar bahawa siapakah yang memberi ‘lampu hijau’ untuk kita mengecapi kejayaan itu. Atau disebut ‘Kun Fayakun’.
Inilah maksud sebenarnya lafaz tawadduk yang ringkas tapi penuh bermakna ini, jika tanpa daya dan kekuatan yang diberikan oleh Allah kepada kita selaku hambaNYA yang lemah nescaya kita tidak akan merasainya kejayaan tersebut.
“Tidak bergerak sesuatu zarah itu tanpa izinNYA”.
Jika kita kaitkan dengan bulan Ramadhan ini, bukan mudah untuk tundukkan nafsu 'jahat' seperti suka bermalas malasan, suka membazir di bazar dan kurang sabar yang telah terpupukselama 11 bulan hanya dalam masa yang singkat.
Tetapi pengajaran di sebalik laungan azan ini, kita tahu bahawa semuanya tidak mustahil dengan pertolonganNya.
Oleh sebab itu, setiap kali kita berusaha & kalah dengan nafsu 'jahat' tersebut, jangan putus asa & bangkit semula dengan penuh tawadhuk & yakin lafazlah --> ‘La Hau la wala quwwata illa billahil ‘lizzil ‘azim, (tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah Yang Maha Agung).
Saya doakan kita semua diberikan kemudahan & kelapangan oleh Allah swt untuk mengapai taqwa. Amin Ya Robbal 'alamin

Rabu, 24 Mei 2017

BACA KISAH 'FAST ACTION' LELAKI INI DAPAT MASUK SYURGA TANPA HISAB


Ada sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w

Kisahnya yang begitu luarbiasa sering membuatkan saya sering tersenyum lebar sekaligus terinspirasi ketika mengingatinya. Ia sarat dengan hikmah, betapa beruntungnya orang yang fast action/fastabiqul khairat.

Begini kisahnya...

Ketika itu Rasulullah s.a.w ingin berkongsi kriteria kumpulan manusia yang masuk syurga tanpa hisab kepada para sahabat. Kira ceramah pendeklah ikut bahasa kita. Ketika mengetahuinya, para sahabat mulai meneka-neka, apakah kriteria istimewa itu?

Nabi s.a.w pun menjelaskan, ‘Mereka adalah orang yang tidak melakukan ruqyah, tidak mengamalkan perkara buruk dan kepada Tuhan mereka bertawakkal’.

Tiba-tiba seorang lelaki bangkit dan berkata, ‘Berdoalah kepada Allah agar Dia menjadikan aku termasuk dalam golongan itu’. Nabi s.a.w menjawab, ‘Engkau termasuk bersama mereka’.

Selepas itu, ada seorang lelaki lain bangun & memohon permintaan sama. Kepada lelaki itu Rasul berkata, ‘maaf, engkau telah didahului Ukasyah’.

Ya, pemuda yang pertama kali bangkit adalah Ukasyah bin Mihsan. Pemuda yang cepat memberi respon & tidak mahu menunggu-nunggu. 

Disebabkan keberaniannya berdoa ketika orang lain ternanti-nanti,  doanya telah di ‘amini’ Rasulullah s.a.w. Begitulah para sahabat, mereka memiliki satu budaya yang lama tercicir dari kehidupan kita. 

Budaya fastabiqul khairat, berlumba-lumba dalam kebaikan. Mereka sedar, fast action membuahkan fast result, sementara slow action bukannya membuahkan slow result tapi no result.

Itu yang berlaku pada lelaki kedua.

Para pembaca budiman, Mari kita mencontohi Ukasyah. Mari kita segerakan apa yang patut disegerakan. Mari kita ‘bertamu’ ke rumah Tuhan saat Dia sedang membuat ‘open house’. Dan ia bermula dengan fast action ke arah itu.

Bila anda nak setkan tarikh ke Mekah? Dua bulan dari sekarang? Umrah musim sejuk? Umrah plus pakej ziarah? Atau masih seperti biasa, ‘nanti dahulu....’.

Saya berdoa anda dipermudahkan Tuhan untuk bertamu ke RumahNya, Baitullah. Saya berdoa anda akan dimudahkan ke arah itu. Dan tidak lupa, saya berdoa anda akan dilayani Tuhan dengan layanan super V.I.P ketika mengerjakan umrah. Allahumma Amin.

Percayalah, doa yang disertai dengan azam bersungguh & tindakan fast action pasti akan dibalas dengan fast result dari Tuhan. Percayalah & bertindaklah, sebab selama ini begitulah cara Tuhan melayani kita ... layanan tahap Ar-Rahman & Ar-Rahim. Full of love.


Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan, moga kisah di atas menjadi pemangkin semangat untuk kita sentiasa berlumba-lumba dalam membuat kebaikan. 

Jumaat, 12 Mei 2017

Layan Suami Ketika Uzur



Apakah cara terbaik buat isteri yang mengalami keuzuran (datang haid) untuk melayan suami. Ini kerana sifat wanita yang lembut dan rasa tanggungjawab, pasti akan kasihan melihat suaminya yang terpaksa berpuasa sepanjang tempoh uzur berkenaan.


Jika si suami tidak merungut atau resah kerana tidak dapat melakukan hubungan seksual semasa anda mengalami keuzuran, anda tidak perlu risau kerana, kebanyakan lelaki mampu menangani tempoh ‘berpuasa’ ini dengan baik.

Ia umpama latihan mental untuk mampu menahan godaan nafsu pada perkara yang tidak diizinkan oleh agama. Biarpun terdapat pasangan yang mengamalkan oral seks atau isteri melakukan onani kepada suami semasa tempoh ‘uzur’, namun ianya tidak digalakkan.

‘Ulamak menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ia benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.’

Khamis, 4 Mei 2017

Rahsia Keberkatan Hidup


Mahu nikmati kehidupan yang melimpah ruah kekayaan, kebahagian & kejayaan?Di sinilah bermulanya rahsia rezeki untuk anda miliki :

  • Ilmu ar-Razzaq
  • Ketahui Sebab Pintu Rezeki. 
  • Amalan Penarik Magnet Rezeki
  • Rahsia Langsai Hutang
  • Rahsia Unlimited Income

Berminat ?;Jika YA maka alhamdulillah kerana rahsianya sudah ada untuk anda bacanya sini



Moga anda dilimpahi kekayaan dan kebahagian yang diberkati dariNya

Ahad, 30 April 2017

Formula Luas Rezeki




Formula Luas Rezeki ini diterbitkan khusus buat mereka yang mahu keluar daripada kesempitan hidup.

Disediakan ‘ramuan’ khusus sebagai praktikal untuk MENJEMPUT REZEKI dan MELUASKANNYA dengan KAEDAH PALING MUDAH, RINGKAS DAN BERKESAN.

Pegang, belek dan galilah rahsia di dalam buku ini pasti REZEKI AKAN DATANG kepada anda TANPA DISANGKA!





Ahad, 23 April 2017

KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA


Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada ummat penutup peradaban kehidupan.





Sabtu, 22 April 2017

Kisah Israk & Mikraj



Kisah Israk dan Mikraj telah diriwayatkan daripada sahabat yang cukup ramai, iaitu mencapai 26 sahabat yang menceritakannya. Oleh sebab itu kisah Israk dan Mikraj ini termasuk dalam akidah yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam. Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting yang sering dirayakan saban tahun oleh seluruh umat Islam. Peristiwa ini merupakan antara mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya serta mengurniakan kekuatan rohani yang besar kepada Baginda demi mengutuhkan jiwanya dan menerangkan hikmah-hikmah ilahiah atas apa yang telah terjadi. Kisah ajaib ini telah direkodkan dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih, yang wajib diimani.






Selasa, 18 April 2017

Dosa-Dosa Besar



Ramai daripada kalangan umum masih tidak dapat membezakan dosa yang dilakukan, sama ada kecil atau besar. Bahana dosa besar ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah mampu menular serta memberi kesan dan menjadi perosak ummah. Tujuan utama Imam al-Zahabi menghasilkan karya ini adalah disebabkan ingin menyampaikan kepada umat Islam betapa dahsyatnya kesan dan implikasi dosa-dosa besar kepada pelakunya di dunia dan akhirat, bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW. Justeru, karya ini diharap dapat memberi kesedaran kepada umat Islam, lantas mereka bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan amalan soleh.




Isnin, 17 April 2017

Ini Pun Allah Suka



Karya berkonsep tarbiah santai ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan-amalan serta tatacara yang baik dan betul dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana boleh jadi ada antara amalan kita yang disukai Allah dan ada yang tidak disukai-Nya. Boleh jadi kita sendiri pun tidak menyedarinya. Justeru, buku ini mengajak pembaca memikat Allah dengan melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya.





Khamis, 13 April 2017

Kunci Pintu Rezeki


Kita sering lupa berterima kasih kepada Nya atas semua yang telah Dia berikan. Kita merasakan bahawa yang ada pada diri kita adalah hasil kerja keras kita sendiri. Itu adalah ciri orang yang sombong.

Mungkin kerana itu, Allah menguji kita dengan memberi kita beberapa ujian seperti kekurangan, penyakit, kesedihan atau musibah lain. Tetapi semua itu bukanlah kerana Allah benci pada kita, malah sebaliknya. Semua itu untuk menghapus dosa-dosa kita.

Biasakan mengucapkan ALHAMDULILLAH bila-bila pun dan di mana pun kita. Selepas makan, jika mendapat duit, selamat sampai destinasi, selesai bekerja dan sebagainya. Ucapkanlah bila-bila saja apabila kita mendapat rezeki, atau selepas selesai melakukan sesuatu.



Ucapan Alhamdulillah sangat ringan, tetapi maknanya besar sekali. Allah sangat menyukai orang yang sering mengucapkan Alhamdulillah. Tanpa kita sedari, itu adalah pembuka pintu rezeki. kerana Allah akan menambah nikmat kepada mereka yang bersyukur.

Inshaa Allah.

40 Kisah Yang Membuatkan Rasulullah Ketawa



Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja.

Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku.

Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud.

Juga, menjadi suri teladan kepada masyarakat dan pendakwah bahawa Nabi s.a.w. juga mampu ketawa dan tersenyum di samping sahabat dan orang yang didakwah.





Selasa, 11 April 2017

Ajari Aku Tentang Syurga


Syurga itu destinasi impian setiap insan. Indahnya syurga itu, sehingga memikirkannya sahaja sudah membuatkan kita berebut mahu berbuat pahala. Seronoknya syurga itu, sehingga membayangkannya sahaja sudah menjadikan kita tunduk patuh kepada suruhan Tuhan . Apa yang penting, pilihan terletak di tangan kita. Kenali syurga dengan sebaik-baiknya, pasti kita akan teruja untuk menggapainya.





Isnin, 10 April 2017

Bencana Riba'

Riba’, antara amalan yang paling tidak disukai Allah.


Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demikian juga Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah” (Al-Baqarah: 276)

Dalam ayat yang berikut pula Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan saki-baki riba’ yang sebelum (dipungut) jika kamu orang beriman.” (Al-Baqarah: 278)

Amalan riba ialah salah satu sebab tertutupnya pintu rezeki, rezeki menjadi sukar, tidak berkat, harta akan hilang dan sebagainya.

Disebaliknya, Allah memuliakan amalan bersedekah dan meningkatkan darjat orang yang bersedekah. Mana tidaknya, orang yang bersedekah semakin murah rezekinya, semakin disukai orang, semakin orang memuliakan dia, semakin kurang orang membencinya dan sebagainya.

Untuk meninggalkan tabiat riba’ ini bukan senang. Berdoalah kepada Allah untuk keluar dari kepompong riba’ dan mulakan hidup baru dengan memperbanyakkan sedekah.

Terdapat beberapa amalan yang baik-baik yang disukai Allah dan Allah memuliakan kita semasa di dunia. Apa lagi di Akhirat, semakin mulia anda.



Ahad, 9 April 2017

Solat Jama' n Qasar



Musafir walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun adalah sebahagian daripada kesusahan yang menyebabkan seseorang hilang tumpuan dan ketenangan. Oleh itu Allah SWT meringankan banyak perkara yang berkaitan hukum-hukum agama-Nya daripada orang yang musafir. 





Selasa, 4 April 2017

Sedangkan Kiblat Pun Berubah



Gaya penulisan yang santai serta mudah dibaca menjadikan buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Walaupun bukan sebagai buku rujukan ilmiah, tetapi sebagai percikan hidayah serta pengubah paradigma pembaca. Untuk memastikan ia tidak tersasar daripada mesej Islam yang sebenar, buku ini telah pun disemak oleh editor syariah yang bertauliah.




Isnin, 3 April 2017

Cari Rezeki Halal

Mencari rezeki yang halal itu agak sukar dan berat. 
Bercucuran keringat. 
Kadang-kadang sampai tidak tidur. 
Menempuh jarak jauh dan berhujanan.
Menahan lapar, mengerah tenaga, bahkan sampai mengorbankan jiwa dan raga.

Tetapi percayalah, semua rezeki halal yang kita perolehi akan mengalir dalam darah dan jiwa kita. Semua itu akan memurnikan akhlak kita dan menjadikan kita manusia yang lebih dekat kepada Allah SWT.

Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik dan halal, walaupun sedikit, akan terasa sangat manis. Hidup menjadi tenang, anak dan keluarga juga akan ikut tenang. Kita akan merasakan telah melakukan hal yang benar, dan ini akan mempengaruhi kehidupan peribadi dan keluarga.

Sebaliknya, rezeki yang diperolehi dengan tidak halal, misalnya dari mencuri, menipu, rasuah, dan sebagainya akan mengalir dalam darah dan mempengaruhi kehidupan. Anak-anak dan keluarga yang diberi makan dengan makanan yang dibeli dari cara haram akan turut merasakan keburukan yang dilakukan.

Semoga kita semua beroleh rezeki dengan cara yang betul.



Ahad, 2 April 2017

Panduan Pengurusan, Hukum & Fatwa






Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan ujian, termasuk hidup dan mati juga menjadi ujian.




200 SOAL JAWAB HADIS



Ilmu hadis merupakan salah satu kesenian penting dalam ilmu-ilmu Islam. Ia menyediakan panduan hidup yang komprehensif buat umat sejagat. Menguasai kesenian hadis ini bukanlah sukar atau mustahil jika ia dipelajari secara teori dan amali secara bersama. 

Ingin cuba? 

Buku ini menyediakan jawapan terhadap banyak persoalan-persoalan penting ilmu hadis yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat dan penuntut ilmu dengan bimbingan serta contoh yang membantu kefahaman pembaca.





Sabtu, 1 April 2017

HAYATUS SAHABAH - 20 KISAH SAHABAT





20 orang Sahabat yang diabadikan kisah mereka dalam buku ini adalah antara Sahabat yang mewakafkan hidup mereka demi menegakkan Islam dan mempertahankan Rasulullah SAW. 




Mudahnya Mendorong Anak Syurga



Anak-anak ini lembut hati dan lemah fikirannya walau senakal mana pun mereka. Masih belum benar-benar faham beza antara marah dan saying. Mereka perlu diasuh dan dididik dengan hemah dan hikmah seperti tauladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.






Khamis, 30 Mac 2017

Hadiah DAri Tuhan



Kenapakah kita hanya bersyukur terhadap kebaikannya saja? Apakah yang tidak baik itu kenangan pahit yang harus dilupakan?

"Boleh jadi kamu benci terhadap sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka terhadap sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui (semuaitu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” 

Pada saat aku kebuntuan, dia hadir memberijalan. Dalam keadaan sukar, diamuncul member kemudahan.Tatkala aku tersepit dan menangis di jalanan, ada insan yang muncul menghulurkan tangan. Kami bukan diciptakan untuk bersama, tetapi di antara kami ada titik pertemuan.

Tuhan menghantar orang baik-baik untuk mengiringi perjalanan kita. Namun dia juga menghantar manusia yang melukai hati supaya kita belajar sesuatu daripadanya.




Isnin, 27 Mac 2017

Apabila tenggelam dalam surah Al Fatihah ayat 2,

Apabila tenggelam dalam surah Al Fatihah ayat 2,



"Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."



Maka, akan tersedar, betapa picisannya doa kita pada Allah. Pencipta 7 petala langit, 7 petala bumi. Pencipta daripada sekecil-kecil bakteria, hingga sebesar-besar galaksi Milky Way.



Malah lebih besar daripada itu, yang tidak terjangkau oleh fikiran manusia akan kebesaran alam ini.

Oleh sebab itu, Allah tambah nikmat kepada makhluk-Nya yang bersyukur. (Surah Ibrahim: 7)

Andai makhluk picisan ini (kita) bersyukur dengan nikmat-Nya yang sedikit, pasti akan lebih bersyukur dengan nikmat-Nya yang banyak.

Dan ... sebaliknya.

Apabila kita dicintai penduduk bumi, belum tentu kita akan dicintai penghuni langit. Tetapi apabila kita dicintai Allah, kita akan peroleh cinta kedua-duanya, iaitu cinta penghuni langit dan penduduk bumi.

Inspirasi kisah Uwais Al Qarni.

Rasulullah SAW bersabda, “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril, “Sungguh Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibril pun mencintainya. 

Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit, ”Sungguh Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langit pun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta itu kepada penghuni bumi kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari 5580)

Doa Memohon Cinta Allah ...

Sama-sama meng'aamiin'kan doa ini.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. 
Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih ku cintai daripada diriku, keluargaku, dan air yang dingin (di padang yang tandus).” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi - 3412)
Aamiin ya Rabb.








Isnin, 13 Mac 2017

Antara Si Miskin & Si Kaya..

Sebagai manusia biasa, kita semua ingin kaya. Walau bagaimanapun, Kaya atau miskin, ada baik dan buruknya. Seseorang mungkin dilahirkan miskin tetapi, di sisi Allah, beliau baik kerana akhirnya dengan kemiskinan seseorang itu, ia membuka jalan atau mendorong beliau untuk ke syurga. Dengan kemiskinan juga seseorang itu diberi pahala yang berlipat ganda. Begitu juga dengan kesusahan, seseorang itu dihapuskan dosa-dosanya yang tidak dapat dihapuskan dengan jalan lain. Atau seseorang itu dinaikkan darjatnya di sisi Allah dan ditempakan di kalangan orang yang terpuji kerana diberi pahala atas kesusahan-kesusahan yang dilaluinya.


Kaya pun ada baiknya. Seseorang kaya yang rajin bersedekah, rajin membantu orang dengan wang ringgitnya, rajin berderma dan membina masjid, contohnya, maka dia akan diterima amalannya oleh Allah dan digolongkan sebagai orang yang pemurah. Dengan kekayaannya juga dia rajjin memberi makan kepada orang miskin, berzakat dan membiayaai orang untuk mengerjakan haji, yang mana amalan-amalan itu mungkin tidak dapat dilakukan oleh orang miskin.


Sebaliknya, miskin juga mungkin menjadi sebab untuk berlaku kekufuran (nauzubillah) dan dimurkai Allah atas kesombongan anda, akhlak yang buruk dan sebagainya. Dengan miskin, pakaian yang compang-camping, ia menyusahkan anda beribadat, apa lagi untuk memberi nafkhah dan berzakat, sebaliknya menjadi peminta sedekah.

Bagi yang kaya, kalau tak berhati-hati, mungkin menjadi kikir, sayang kan harta, cintai dunia, sombong dan sebagainya seperti Qarun. Dengan ini amalan akan tertolak.

Maka secara kesimpulannya, segala-galanya terletak di hati, tangan, pancaindera, fikiran, perbuatan, niat dan ilmu di dada anda.

Yang lebih besar dari itu ialah taufiq dan hidayah dari Allah. Pintalah taufiq dan hidayah dari Allah, moga Allah merestui anda dan mendorongkan anda kearah kebaikan…





8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :


1. Tiket ke Syurga

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia

Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.