Ahad, 30 April 2017

Formula Luas Rezeki




Formula Luas Rezeki ini diterbitkan khusus buat mereka yang mahu keluar daripada kesempitan hidup.

Disediakan ‘ramuan’ khusus sebagai praktikal untuk MENJEMPUT REZEKI dan MELUASKANNYA dengan KAEDAH PALING MUDAH, RINGKAS DAN BERKESAN.

Pegang, belek dan galilah rahsia di dalam buku ini pasti REZEKI AKAN DATANG kepada anda TANPA DISANGKA!





Ahad, 23 April 2017

KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA


Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada ummat penutup peradaban kehidupan.





Sabtu, 22 April 2017

Kisah Israk & Mikraj



Kisah Israk dan Mikraj telah diriwayatkan daripada sahabat yang cukup ramai, iaitu mencapai 26 sahabat yang menceritakannya. Oleh sebab itu kisah Israk dan Mikraj ini termasuk dalam akidah yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam. Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting yang sering dirayakan saban tahun oleh seluruh umat Islam. Peristiwa ini merupakan antara mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya serta mengurniakan kekuatan rohani yang besar kepada Baginda demi mengutuhkan jiwanya dan menerangkan hikmah-hikmah ilahiah atas apa yang telah terjadi. Kisah ajaib ini telah direkodkan dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih, yang wajib diimani.






Selasa, 18 April 2017

Dosa-Dosa Besar



Ramai daripada kalangan umum masih tidak dapat membezakan dosa yang dilakukan, sama ada kecil atau besar. Bahana dosa besar ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah mampu menular serta memberi kesan dan menjadi perosak ummah. Tujuan utama Imam al-Zahabi menghasilkan karya ini adalah disebabkan ingin menyampaikan kepada umat Islam betapa dahsyatnya kesan dan implikasi dosa-dosa besar kepada pelakunya di dunia dan akhirat, bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW. Justeru, karya ini diharap dapat memberi kesedaran kepada umat Islam, lantas mereka bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan amalan soleh.




Isnin, 17 April 2017

Ini Pun Allah Suka



Karya berkonsep tarbiah santai ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan-amalan serta tatacara yang baik dan betul dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana boleh jadi ada antara amalan kita yang disukai Allah dan ada yang tidak disukai-Nya. Boleh jadi kita sendiri pun tidak menyedarinya. Justeru, buku ini mengajak pembaca memikat Allah dengan melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya.





Khamis, 13 April 2017

Kunci Pintu Rezeki


Kita sering lupa berterima kasih kepada Nya atas semua yang telah Dia berikan. Kita merasakan bahawa yang ada pada diri kita adalah hasil kerja keras kita sendiri. Itu adalah ciri orang yang sombong.

Mungkin kerana itu, Allah menguji kita dengan memberi kita beberapa ujian seperti kekurangan, penyakit, kesedihan atau musibah lain. Tetapi semua itu bukanlah kerana Allah benci pada kita, malah sebaliknya. Semua itu untuk menghapus dosa-dosa kita.

Biasakan mengucapkan ALHAMDULILLAH bila-bila pun dan di mana pun kita. Selepas makan, jika mendapat duit, selamat sampai destinasi, selesai bekerja dan sebagainya. Ucapkanlah bila-bila saja apabila kita mendapat rezeki, atau selepas selesai melakukan sesuatu.



Ucapan Alhamdulillah sangat ringan, tetapi maknanya besar sekali. Allah sangat menyukai orang yang sering mengucapkan Alhamdulillah. Tanpa kita sedari, itu adalah pembuka pintu rezeki. kerana Allah akan menambah nikmat kepada mereka yang bersyukur.

Inshaa Allah.

40 Kisah Yang Membuatkan Rasulullah Ketawa



Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja.

Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku.

Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud.

Juga, menjadi suri teladan kepada masyarakat dan pendakwah bahawa Nabi s.a.w. juga mampu ketawa dan tersenyum di samping sahabat dan orang yang didakwah.





Selasa, 11 April 2017

Ajari Aku Tentang Syurga


Syurga itu destinasi impian setiap insan. Indahnya syurga itu, sehingga memikirkannya sahaja sudah membuatkan kita berebut mahu berbuat pahala. Seronoknya syurga itu, sehingga membayangkannya sahaja sudah menjadikan kita tunduk patuh kepada suruhan Tuhan . Apa yang penting, pilihan terletak di tangan kita. Kenali syurga dengan sebaik-baiknya, pasti kita akan teruja untuk menggapainya.





Isnin, 10 April 2017

Bencana Riba'

Riba’, antara amalan yang paling tidak disukai Allah.


Allah berfirman dalam Al-Quran: “Demikian juga Allah memusnahkan riba’ dan menyuburkan sedekah” (Al-Baqarah: 276)

Dalam ayat yang berikut pula Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan saki-baki riba’ yang sebelum (dipungut) jika kamu orang beriman.” (Al-Baqarah: 278)

Amalan riba ialah salah satu sebab tertutupnya pintu rezeki, rezeki menjadi sukar, tidak berkat, harta akan hilang dan sebagainya.

Disebaliknya, Allah memuliakan amalan bersedekah dan meningkatkan darjat orang yang bersedekah. Mana tidaknya, orang yang bersedekah semakin murah rezekinya, semakin disukai orang, semakin orang memuliakan dia, semakin kurang orang membencinya dan sebagainya.

Untuk meninggalkan tabiat riba’ ini bukan senang. Berdoalah kepada Allah untuk keluar dari kepompong riba’ dan mulakan hidup baru dengan memperbanyakkan sedekah.

Terdapat beberapa amalan yang baik-baik yang disukai Allah dan Allah memuliakan kita semasa di dunia. Apa lagi di Akhirat, semakin mulia anda.



Ahad, 9 April 2017

Solat Jama' n Qasar



Musafir walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun adalah sebahagian daripada kesusahan yang menyebabkan seseorang hilang tumpuan dan ketenangan. Oleh itu Allah SWT meringankan banyak perkara yang berkaitan hukum-hukum agama-Nya daripada orang yang musafir. 





Selasa, 4 April 2017

Sedangkan Kiblat Pun Berubah



Gaya penulisan yang santai serta mudah dibaca menjadikan buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Walaupun bukan sebagai buku rujukan ilmiah, tetapi sebagai percikan hidayah serta pengubah paradigma pembaca. Untuk memastikan ia tidak tersasar daripada mesej Islam yang sebenar, buku ini telah pun disemak oleh editor syariah yang bertauliah.




Isnin, 3 April 2017

Cari Rezeki Halal

Mencari rezeki yang halal itu agak sukar dan berat. 
Bercucuran keringat. 
Kadang-kadang sampai tidak tidur. 
Menempuh jarak jauh dan berhujanan.
Menahan lapar, mengerah tenaga, bahkan sampai mengorbankan jiwa dan raga.

Tetapi percayalah, semua rezeki halal yang kita perolehi akan mengalir dalam darah dan jiwa kita. Semua itu akan memurnikan akhlak kita dan menjadikan kita manusia yang lebih dekat kepada Allah SWT.

Rezeki yang diperolehi dengan cara yang baik dan halal, walaupun sedikit, akan terasa sangat manis. Hidup menjadi tenang, anak dan keluarga juga akan ikut tenang. Kita akan merasakan telah melakukan hal yang benar, dan ini akan mempengaruhi kehidupan peribadi dan keluarga.

Sebaliknya, rezeki yang diperolehi dengan tidak halal, misalnya dari mencuri, menipu, rasuah, dan sebagainya akan mengalir dalam darah dan mempengaruhi kehidupan. Anak-anak dan keluarga yang diberi makan dengan makanan yang dibeli dari cara haram akan turut merasakan keburukan yang dilakukan.

Semoga kita semua beroleh rezeki dengan cara yang betul.



Ahad, 2 April 2017

Panduan Pengurusan, Hukum & Fatwa






Sesungguhnya kehidupan ini penuh dengan ujian, termasuk hidup dan mati juga menjadi ujian.




200 SOAL JAWAB HADIS



Ilmu hadis merupakan salah satu kesenian penting dalam ilmu-ilmu Islam. Ia menyediakan panduan hidup yang komprehensif buat umat sejagat. Menguasai kesenian hadis ini bukanlah sukar atau mustahil jika ia dipelajari secara teori dan amali secara bersama. 

Ingin cuba? 

Buku ini menyediakan jawapan terhadap banyak persoalan-persoalan penting ilmu hadis yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat dan penuntut ilmu dengan bimbingan serta contoh yang membantu kefahaman pembaca.





Sabtu, 1 April 2017

HAYATUS SAHABAH - 20 KISAH SAHABAT





20 orang Sahabat yang diabadikan kisah mereka dalam buku ini adalah antara Sahabat yang mewakafkan hidup mereka demi menegakkan Islam dan mempertahankan Rasulullah SAW. 




Mudahnya Mendorong Anak Syurga



Anak-anak ini lembut hati dan lemah fikirannya walau senakal mana pun mereka. Masih belum benar-benar faham beza antara marah dan saying. Mereka perlu diasuh dan dididik dengan hemah dan hikmah seperti tauladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.