Isnin, 19 Jun 2017

Dah Jumpa Malam Lailatulqadar?


Sedar tak sedar kita telah masuk ke-10 malam akhir Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas tanpa mengenal usia, pangkat, darjat dan sesiapa sahaja.

Moga kita antara insan yang sentiasa memanfaatkan masa demi untuk redhaNya serta segala urusan yang menuju kebaikan insyaallah. Usah dikenang Ramadhan yang telah berlalu pergi, teruslah melangkah melihat dan mengisi baki Ramadhan yang akan datang ini dengan segala kenikmatan, pahala yang berganda yang telah dijanjikan oleh Allah.

“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin
Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)


Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH, melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.

Ayuh semua muslimin muslimat walau di mana anda berada, terus bermunajat memohon kemaafan dariNya, terus menyumbang sedekah amal jariah, terus menginfakkan tenaga masa dan wang ringgit dalam bulan yang penuh berkat ini.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala amalan yang diberikan. 

Inshaa Allah.

Ahad, 18 Jun 2017

Rahsia Menjemput Rezeki Mujarab



Kita menerima rezeki melalui 3 cara, iaitu:
  • Rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sepertimana yang dijelaskan dalam ayat berikut:
Hūd:6 -
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
  • Rezeki yang tidak disangka,
Aţ-Ţalāq:2-3 : 
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
  • Rezeki melalui usaha kita,
An-Najm:39 - Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Lebih banyak usaha kita, lebih banyak hasil kita akan dapat. Di samping itu, kita mesti banyak berdoa kepada Nya, juga perbanyakkan zikir kepada kepada Nya agar segala urusan dipermudahkan dan mendapat kelancaran rezeki.
Al- A'raf,7:180. Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Salah satu kaedah menjemput rezeki adalah dengan zikir Asmaulhusna. Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya.



Siapa Suami Wanita Di Syurga?



Apakah nanti seseorang yang sudah menikah di dunia akan kembali bertemu isteri atau suaminya kelak di akhirat?

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Dan barangsiapa mengerjakan amal yang shalih, baik laki-laki mahpun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam Syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab”.(QS. Al-Mu’min:40)

Demikianlah orang-orang mukmin hidup di syurga bersama dengan pasangannya. Dan seluruh penduduk syurga akan hidup bersama suami atau isteri mereka, dan tidak ada satu pun yang membujang (tidak menikah).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Dan di dalam syurga tidak ada orang yang membujang (tidak menikah)”. (Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Muslim, no.5062)

Sungguh sangat beruntung bagi lelaki soleh yang dikehendaki Allah SWT menjadi penghuni syurga. Bagi mereka disediakan bidadari-bidadari yang belum disentuh oleh siapapun. Bidadari-bidadari yang tidak terbayangkan kecantikannya. Dan dengan izin Allah, dia pun akan bertemu kembali dengan isterinya yang solehah di dunia.

“Jika lelaki di syurga mendapatkan bidadari, lalu adakahkan wanita turut mendapat bidadara syurga? Boleh ke seorang isteri akan berjumpa lagi dengan suaminya di dunia? Bagaimana jika seorang wanita menikah lagi setelah suami pertamanya meninggal dunia, apakah wanita itu kelak di akhirat akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir?”

Keadaan wanita di dunia ada enam:
  1. Meninggal sebelum menikah.
  2. Ditalak suami pertama, dan tidak menikah lagi sampai meninggal.
  3. Menikah dengan lelaki yang bukan ahli syurga. Misalnya, suaminya murtad atau melakukan kesyirikan.
  4. Meninggal lebih dahulu sebelum suaminya.
  5. Ditinggal kerana kematian suami, dan tidak menikah lagi sampai meninggal.
  6. Ditalak atau ditinggal kerana kematian suami, kemudian menikah dengan lelaki lain.

Penjelasan disampaikan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah:

1. Apabila wanita tersebut meninggal sebelum menikah, maka di syurga kelak Allah akan menikahkan wanita tersebut dengan dengan seorang lelaki dari penduduk bumi berdasarkan sabda Rasulullah:

“Apakah mereka saling berbangga atau saling mengingatkan: kaum laki di syurga lebih banyak atau wanita? Maka Abu Hurairah berkata: Bukankah Abul Qasim bersabda: “Sesungguhnya kelompok pertama yang masuk surga menyerupai bentuk bulan purnama, kemudian yang berikutnya secerah cahaya bintang di langit, setiap orang di sana memiliki dua orang isteri, di mana dia dapat melihat sumsum mereka dari balik dagingnya. Dan di syurga tidak ada bujangan” (HR Muslim No. 5062)

Syaikh Utsaimin berkata: “Apabila wanita tersebut belum pernah menikah di dunia maka Allah akan menikahkannya dengan lelaki yang disukainya di syurga. Kerana kenikmatan di ysurga tidak hanya terbatas untuk kaum lelaki saja, namun juga untuk kaum lelaki dan wanita, di mana yang termasuk kenikmatan: adalah menikah.

2. Penjelasannya juga sama seperti nombor satu di atas, kerana berlaku bagi wanita yang meninggal namun bercerai.

3. Penjelasannya juga sama seperti nombor satu di atas, kerana berlaku bagi wanita yang suaminya bukan termasuk penghuni syurga.

Syaikh Utsaimin berkata: “Apabila wanita tersebut termasuk ahli syurga dan belum menikah, atau suaminya bukan termasuk ahli syurga, maka apabila dia masuk syurga maka di syurga ada kaum lelaki yang belum menikah sebelumnya, maka dia menikah dengan salah satu wanita tersebut.

4. Adapun wanita yang meninggal setelah menikah, dia termasuk ahli syurga maka dia menikah dengan mantan suaminya di dunia.

5. Adapun wanita yang suaminya meninggal lalu dia tidak menikah lagi setelah itu sampai dia meninggal maka wanita itu menjadi isterinya di syurga.

6. Adapun wanita yang suaminya meninggal lalu dia menikah lagi sesudahnya maka wanita tadi menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir meskipun wanita tadi sudah berkali-kali menikah.

Dari Maimun bin Mihran berkata: Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu melamar istri Abu Darda’, namun dia tidak menerimanya dan berkata: Aku mendengar Abu Darda’ berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Wanita bersama suaminya yang terakhir,” dia berkata: dan aku tidak ingin pengganti untuk Abu Darda’ (Hadits shahih dikeluarkan oleh Abu Ali Al-Harrani Al-Qusyairi dalam Tarikhul Riqqah (2/39/3) Silsilah Al-hadits Ash-Shahihah karangan Syaikh Albani 3/25).

Dari Hudzaifah radhiyallahu anhu berkata kepada isterinya: “Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudahku: kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” (dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Sunannya (7/69-70)).





Suami Tanggung Dosa?


Adakah suami harus menanggung semua dosa dan kesalahan isteri serta anak-anaknya?




Di antara perkara dasar dalam Islam ialah setiap orang menanggung pahala atau dosa berdasarkan usahanya yang tersendiri. Jika dia berbuat amal soleh, maka dia mendapat pahala untuk dirinya. Jika dia berbuat maksiat, maka dia mendapat dosa untuk dirinya.

Allah berfirman:
Sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian, usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu-lah kesudahan (segala perkara). [al-Najm 53:38-42]

Oleh itu dalam sebuah keluarga, apabila isteri sengaja enggan menutup aurat maka dia sahajalah yang akan menanggung dosa mendedahkan aurat. Apabila isteri bergosip berkenaan orang lain, maka dia sahajalah yang akan menganggung perkataan-perkataan yang disebut. Dosa isteri tidak berpindah kepada suami atau ayah.

Pun begitu, ada satu kewajipan suami yang jika dia tidak melaksanakannya, dia akan berdosa kerananya. Ia adalah kewajipan mendidik, menasihati dan menegur ahli keluarga agar mereka mentaati perintah dan larangan syari’at Islam.

Ini berdasarkan firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [al-Tahrim 66:06]

Apabila suami tidak mendidik isteri untuk menutup aurat, maka suami mendapat dosa kerana tidak mendidik sementara isteri mendapat dosa kerana tidak menutup aurat. Sebaliknya jika suami telah mendidik isteri untuk menutup aurat namun isteri tetap enggan, maka suami tidak mendapat sebarang dosa sementara isteri mendapat dosa kerana enggan menutup aurat.


Sabtu, 17 Jun 2017

Ganjaran Pahala Wanita Di Bulan Ramadan



Bulan Ramadan bulan kesyukuran yang penuh dengan keberkatan. Allah menjanjikan banyak keistimewaan sepanjang bulan ini. Dalam bulan Ramadan peluang mendapatkan pahala buat wanita sangatlah melimpah.

Ini kerana pada bulan yang mulia ini memberi setiap manusia peluang keemasan yang cukup luas untuk mengaut banyak pahala. Antara ganjaran pahala yang boleh wanita peroleh ialah:

1. Menyiapkan hidangan berbuka

Ketika berbuka, wanita menjadi orang penting yang akan menyiapkan hidangan berbuka untuk suami, anak-anak serta seisi keluarga.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya pahala seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yang berpuasa itu).” (HR Al-Baihaqi dan Ibn Khuzaimah)

Bayangkan berapa banyak jumlah ahli keluarga anda di rumah, maka sebanyak itulah pahala puasa yang bakal akan peroleh. Walaupun ada ketikanya anda terhalang untuk menunaikan ibadah puasa, namun Allah telah menyediakan ladang pahala-Nya yang banyak ketika anda mempersiapkan hidangan berbuka puasa.

2. Mengajak dan menyediakan juadah bersahur

Saat bersahur juga wanita masih berperanan sebagai orang yang akan mengejutkan keseluruhan ahli keluarganya bangun sekali gus menyiapkan juadah untuk keluarganya bersahur.

Rasulullah SAW menganjurkan orang yang berpuasa untuk sahur, sebagaimana sabdanya, “Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)

3. Suami beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan

Ketika anda membantu menyiapkan keperluan suami untuk melaksanakan iktikaf dan menjaga ahli keluarga yang lain di rumah, kaum wanita masih tetap berkongsi pahala dengan suami.

Sabda Rasulullah SAW, “Siapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan siapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang” (HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, sambutlah bulan Ramadan dengan hati yang gembira kerana setiap kebaikan yang kita lakukan dengan niat kerana Allah SWT akan beroleh ganjaran pahala yang banyak sebagai bekalan hidup kita di akhirat kelak.





ADA MASALAH BERAT ?




Pagi ni sempat baca Surah Al-Anbiya', saya ingin share kisah 3 orang Rasul yang berdoa kepada Allah, lalu terus dikabulkan permintaan mereka.

Kisah Nabi yang pertama adalah Nabi Ayub yang menderita penyakit kulit lalu baginda berdoa kepada kepada Allah " Ya Tuhanku, sesungguhnya, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang daripada semua Yang Maha Penyayang " 

Allah terus maqbulkan doa Nabi Ayub dengan menyembuhkan penyakitnya bahkan berikan rezeki & nikmat yang berganda-ganda lebih banyak. 

Kemudian Allah cerita kisah Nabi Yunus yang berdoa dalam perut ikan Nun yang gelap-gelita " Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. 


Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri "


Allah terus maqbulkan doa Nabi Yunus & menyelamatkan baginda daripada kesulitan yang dihadapinya. 

Allah teruskan dengan kisah Nabi yang ketiga, kisah Nabi Zakaria yang sudah berada di akhir usia yang sering berdoa untuk mendapatkan zuriat "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi" 

Allah terus maqbulkan doa Nabi Zakaria dengan mengurniakan Nabi Yahya melalui isterinya yang mandul. 

Menerusi 3 kisah di atas, Allah berikan contoh yang Rasul juga hadapi masalah yang berat seperti manusia biasa. 

Seorang Allah uji dengan masalah kesihatan yang amat teruk sehingga hilang keluarga, kawan & hartanya. 

Seorang lagi Allah uji berada dalam ketakutan berseorangan di tengah lautan yang amat gelap (boleh bayangkan perasaan Nabi Yunus ?) . 

Seorang lagi Allah uji isteri tidak dapat melahirkan zuriat. 

Di akhir kisah ketiga-tiga nabi ini Allah beritahu 'Rahsia Emas' mengapa doa mereka dimaqbulkan.

" Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami " (Surah Al-Anbiya' : 80)

Ada tiga tips yang boleh kita ambil daripada ayat tersebut : 
  • bersegera berbuat kebaikan (berusaha) 
  • berdoa dalam keadaan penuh mengharap & cemas (berdoa dengan perasaan penuh mengharap & takut amal tidak diterima )
  • Khusyuk kepada kami (bersungguh-sungguh & fokus dalam berusaha & berdoa)

Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh keberkatan & bulan yang mustajab. Jika anda menghadapi masalah yang besar & berat, mohonlah kepada Allah yang pernah menyembuhkan Nabi Ayub, menyelamatkan Nabi Yunus & memberikan zuriat kepada Nabi Zakaria. Bagi Allah tiada yang mustahil. 

Semoga Allah kurniakan rezeki kepada kita Malam Lailatul Qadar, Pengampunan & perlepasan daripada Api Neraka. Amin Ya Robbal  'Alamin.

Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya







Jumaat, 16 Jun 2017

Doa Malam lailatul Qadar






20 Ramadhan 1438 H

Hatimu perlukan tempat mengadu. Ia sering bersedih, dukacita, risau, kecewa dan berkeluh kesah. Justeru, ia perlukan kekuatan.

Tiadalah masa yang paling baik bagi hati untuk berdua-duaan dengan Pemegangnya yakni Allah melainkan waktu munajat di malam hari. Waktu di mana hati-hati yang lain terlena dibuai mimpi, hati yang rindukan Penciptanya merindukan waktu-waktu indah pertemuannya dengan satu-satunya tempat pengaduan yang tidak akan pernah dikecewakan, tempat permintaan yang tidak kan pernah ditolak, itulah rahmat Tuhanmu yang Maha Agung..Doa Lailatul Qadar

Di antara doa yang paling utama yang diucapkan pada malam lailatul qadar adalah apa yang Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah r. 'anha.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.'anha berkata :
Aku berkata kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Baginda menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni 
(Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).”

(HR. Tirmidzi, HR Ibnu Majah)

24 Jam Amalan Puasa Rasulullah