Isnin, 19 Jun 2017

Dah Jumpa Malam Lailatulqadar?


Sedar tak sedar kita telah masuk ke-10 malam akhir Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas tanpa mengenal usia, pangkat, darjat dan sesiapa sahaja.

Moga kita antara insan yang sentiasa memanfaatkan masa demi untuk redhaNya serta segala urusan yang menuju kebaikan insyaallah. Usah dikenang Ramadhan yang telah berlalu pergi, teruslah melangkah melihat dan mengisi baki Ramadhan yang akan datang ini dengan segala kenikmatan, pahala yang berganda yang telah dijanjikan oleh Allah.

“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin
Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5)


Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH, melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa.

Ayuh semua muslimin muslimat walau di mana anda berada, terus bermunajat memohon kemaafan dariNya, terus menyumbang sedekah amal jariah, terus menginfakkan tenaga masa dan wang ringgit dalam bulan yang penuh berkat ini.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala amalan yang diberikan. 

Inshaa Allah.
Catat Ulasan